Amaran Jerebu Di Malaysia, Singapura Ekoran Pembakaran Hutan Indonesia - Dunia | mStar

Amaran Jerebu Di Malaysia, Singapura Ekoran Pembakaran Hutan Indonesia

Anggota bomba cuba memadam kebakaran hutan di Riau, Indonesia. Foto AP

JAKARTA: Agensi bencana Indonesia pada Rabu memberi amaran bahawa jerebu akan kembali berlaku di negara jiran iaitu Malaysia dan Singapura selepas satu kebakaran besar di wilayah di tengah kawasan krisis asap tebal yang berlaku akibat pembakaran hutan di negara itu pada tahun lalu.

Kebakaran berlaku di wilayah Riau, di barat kepulauan Sumatera, yang menyebabkan keadaan jerebu yang teruk di Asia Tenggara untuk lebih sedekad pada Jun tahun lepas, telah menjejaskan kehidupan seharian jutaan penduduk selain cuaca panas.

Bulan Jun merupakan permulaan musim pembakaran hutan yang berlaku kerana teknik untuk pembukaan tanah yang cepaT dan murah, yang biasanya berlaku untuk perladangan kelapa sawit.

Pegawai agensi bencana memaklumkan bahawa jumlah kebakaran yang berlaku di Riau meningkat secara mendadak.

Menurut jurucakap agensi itu, Sutopo Purwo Nugroho berkata, sebanyak 366 kawasan panas atau hotspot sama ada pembakaran hutan di kawasan-kawasan yang mungkin akan berlakunya kebakaran dikesan di wilayah berkenaan pada Rabu, berbanding hanya 97 kawasan pada hari sebelumnya.

"Kita mesti berjaga-jaga kerana angin bergerak ke arah timur dan timur laut. Kebarangkalian asap tebal itu menghadapi Malaysia dan Singapura adalah lebih tinggi," kata Nugroho.

Pakar memberitahu bahawa fenomena cuaca El Nino diramalkan akan berlaku tahun ini sekali gus menyebabkan kebakaran hutan lebih buruk kerana keadaan lebih kering berbanding kebiasaannya. - AFP


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain

BN kekalkan kerusi Parlimen Kimanis