Polis Buru Bekas Teman Wanita Jutawan Emas Mati Ditembak Di Kepala - Dunia | mStar

Polis Buru Bekas Teman Wanita Jutawan Emas Mati Ditembak Di Kepala

Penyiasat menyita villa tempat di mana seorang jutawan emas ditembak mati di kepalanya.

> Mangsa dikenali sebagai Andrew Bush, jutawan emas Britain berusia 48 tahun

> Ditemui mati ditembak di kepala di kediaman resort peribadinya di Estepona, Costa del Sol, Sepanyol

> Polis kini sedang mencari bekas kekasihnya berasal dari Timur Eropah

> Adalah dipercayai, pembunuh menunggu ketibaannya

> Selepas menembak mati jutawan tersebut, pembunuhnya melarikan diri dengan kereta Hummer milik mangsa



BEKAS
teman wanita peniaga emas British sedang diburu oleh polis selepas jutawan itu dibunuh di vilanya di Sepanyol.

Pengarah syarikat, Andrew Bush, 48, ditembak dua kali di kepala, sebaik sahaja dia tiba di rumah percutian tepi pantai dengan teman wanita British barunya.

Polis Sepanyol kini sedang mencari wanita Timur Eropah berambut perang dalam lingkungan usia 20 tahun, dipercayai bekas kekasihnya Bush.

Bush, dari Bristol, difahamkan telah ditembak ketika dia dan teman wanita Britishnya kembali ke vila di Costa del Sol selepas bercuti bersama-sama.

Suspek dipercayai telah melarikan diri dari tempat kejadian menggunakan kereta jenis Hummer milik Bush.

Sumber yang rapat dengan penyiasatan itu berkata polis sedang mempertimbangkan sama ada bekas rakannya yang berasal dari Slovakia berada di hartanah kepunyaannya berhampiran Estepona ketika Bush ditembak.

Mereka percaya suspek telah menunggu pasangan itu kembali, mungkin selama beberapa hari.

Satu sumber berkata: "Kes sedang dianggap sebagai kes pembunuhan dan polis memburu bekas teman wanita lelaki yang ditembak mati itu".

Bush, yang memiliki rangkaian kedai barang kemas, mempunyai sebuah rumah di South Wales tetapi menghabiskan banyak masa di vila lima bilik tidur yang disewanya di Cancelada yang terletak di antara Estepona dan San Pedro de Alcantara.

Semalam, polis telah mengambil kereta-kereta mewahnya termasuk Porsche dan Ferrari dari lokasi tersebut. Kereta jenis Audi, dipercayai digunakan oleh suspek juga telah diambil.

Teman wanita baru Bush, yang tidak dinamakan tetapi berusia dalam lingkungan 20-an, dikatakan telah memberitahu para penyiasat, ketika mereka tiba di villa itu pada jam 2 pagi Sabtu, bekas kekasih mangsa telah membuka pintu.

Dia menghubungi polis selepas dihalang masuk dan melihat suspek itu memecut keluar menggunakan kereta Hummer milik Bush. Dia tidak mempunyai kunci untuk masuk.

Polis dan pasukan bomba yang tiba kemudian memanjat masuk ke dalam bangunan dan mereka menemui mayat Bush terbaring berlumuran darah dengan sepucuk pistol di sebelahnya.

Adalah disyaki suspek adalah seorang model warga Slovakia.

Beberapa gambar di Facebook menunjukkan Bush memeluk seorang model berambut perang, bernama Mayka Marica Kukucova, gadis Slovakia yang dipercayai bekas teman wanitanya itu.

Jiran yang tidak mahu namanya disiarkan berkata: "Dia dan Andrew berpindah ke vila itu bersama-sama hampir dua tahun lalu."

Teman wanita Inggerisnya hanya muncul baru-baru ini di tempat kejadian.

jutawan emas , villa , Andrew Bush

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain