suria

Pertunjukan Udara Singapura Tarik 146,000 Pengunjung

SINGAPURA: Pertunjukan Udara Singapura 2014 selama enam hari yang berakhir pada Ahad lepas merekodkan kira-kira 146,000 pengunjung.

Acara ini turut disertai 279 delegasi dari 72 negara yang membuka pavilion masing-masing di Pusat Pameran Changi.

Pameran udara berikutnya ditetapkan dari 16 hingga 21 Feb 2016.

Jimmy Lau, Pengarah Urusan Experia Events, penganjur Pertunjukan Udara Singapura berkata: "Kami gembira atas pencapaian acara tahun ini yang menerima respons yang baik daripada pengunjung. Kami akan bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh lagi bagi meningkatkan pertunjukan ini pada 2016."

Pengunjung yang datang ke pertunjukan udara ditawarkan barisan aktiviti yang mengagumkan termasuk pertunjukan aerobatik dengan penyertaan bilangan pasukan yang terbesar dalam sejarah penganjurannya.

Persembahan aerobatik solo turut dilakukan oleh pasukan Tentera Udara Amerika Syarikat, Kor Marin Amerika Syarikat dan Tentera Udara Diraja Australia dan pasukan akrobatik tuan rumah, Black Knights Tentera Udara Singapura (RSAF), yang meraikan ulang tahun ke-45nya. - BERNAMA

Artikel Lain