suria

Lapan Maut Dalam Letupan Lombong Emas Afrika Selatan

JOHANNESBURG: Lapan pekerja dijumpai mati dalam kawasan bawah tanah di lombong emas di Afrika Selatan selepas berlakunya satu letupan sehingga mengakibatkan runtuhan.

Kerajaan berkata, pihaknya melancarkan siasatan berhubung kemalangan itu di lombong emas Harmony di Doornkop.

Pasukan penyelamat pada Rabu membawa keluar lapan pelombong ke kawasan yang tidak mengalami runtuhan selepas insiden letupan yang mengakibatkan 17 pekejera terperangkap.

Insiden itu menyebabkan sembilan pekerja lagi hilang.

Bagaimanapun, syarikat lombong itu pada Khamis mengumumkan bahawa pasukan penyelamat menjumpai lebih lapan mayat.

Kesemua mayat itu dijumpai semasa operasi menyelamat pada lewat Rabu di lombong barat Johannesburg, kata jurucakap Kesatuan Pekerja Lombong Kebangsaan, Livhuwani Mammburu kepada AFP. - AFP

Artikel Sebelum

Venezuela Rampas 3.6 Tan Ganja

Artikel Berikut

Artikel Lain