Masyarakat Selatan Thai Tuntut Hak Mengundi Tidak Diganggu - Dunia | mStar

Masyarakat Selatan Thai Tuntut Hak Mengundi Tidak Diganggu

PATTANI: Penduduk selatan Thailand terutama berketurunan Melayu yang tidak berpuas hati dengan pihak yang mengganggu mereka untuk menunaikan hak sebagai pengundi dalam pilihan raya umum negara itu Ahad ini, menyuarakan perasaan mereka pada Jumaat.

Di Masjid Jamek Pattani, kumpulan yang terdiri daripada ketua kampung, pemimpin agama, ahli politik dan orang ramai dari tiga wilayah sempadan Selatan mengadakan soolat hajat memohon supaya hak mengundi mereka dikembalikan.

Mereka juga mengeluarkan satu kenyataan bertulis yang menuntut supaya penunjuk perasaan antikerajaan agar tidak menghalang mereka daripada mengundi.

Kandungannya turut menegaskan bahawa orang Melayu dan rakyat Thai yang lain tidak akan berdiam diri sekiranya dihalang mengundi oleh penunjuk perasaan anti kerajaan.

Kenyataan bertulis itu kemudian diserahkan kepada pihak berkuasa seperti gabenor wilayah, pusat pentadbiran wilayah smpadan selatan, tentera, suruhanjaya pilihan raya dan polis.

Mereka pada Khamis mengadakan kempen di sini dengan mengundang semua calon wakil rakyat yang bertanding untuk menyampaikan bantahan terhadap perbuatan penunjuk perasaan antikerajaan yang bertindak menyekat dan tidak membenarkan suruhanjaya pilihan raya mengambil kertas undi dari pusat penyimpanan untuk dihantar ke pusat mengundi semasa pengundian awal.

Najmuddin Umar calon senarai parti bagi Parti Pheu Thai berkata pihak suruhanjaya telah memberitahu akan mencetak semula kertas undi bagi pilihan raya calon senarai parti.

Ini kerana suruhanjaya itu hanya mempunyai 500,000 kertas undi senarai parti dan kurang 300,000 lagi, jelas beliau.

Di Thailand, 125 kerusi diperuntukkan untuk wakil rakyat yang didaftar dalam senarai parti sementara 375 wakil rakyat dipilih berdasarkan kawasan.

Selatan Thailand merupakan kubu kuat puak yang menentang pilihan raya umum dan mereka telah keluar beramai-ramai dan berjaya menghalang proses pengundian awal di wilayah selatan pada 26 Januari lepas. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

default image

Ribut Salji Landa Jepun

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain