SPR Thai Gesa PRU Ditangguh Berikutan Keganasan - Dunia | mStar

SPR Thai Gesa PRU Ditangguh Berikutan Keganasan

BANGKOK: Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand menggesa pilihan raya umum yang ditetapkan pada 2 Februari ini ditangguh selepas konfrontasi ganas antara polis antirusuhan dan penunjuk perasaan yang menuntut agar pilihan raya itu diboikot, sehingga menyebabkan kematian seorang pegawai polis.

Pesuruhjaya SPR, Somchai Srisuthiyakorn berkata, pilihan raya umum itu patut ditangguh sehingga semua pihak yang terbabit dalam konflik menyelesaikan pertikaian mereka.

Konfrontasi ganas di pusat pendaftaran pilihan raya di stadium Thai-Jepun itu memaksa pegawai SPR dipindah menggunakan helikopter manakala wakil parti politik oleh van selepas mereka selesai merumuskan nombor senarai parti yang bertanding pada pilihan raya umum di kertas undi.

Polis antirusuhan menggunakan gas pemedih mata, peluru kapur dan penyembur air terhadap penunjuk perasaan sejak 7 pagi.

Para pegawai mengesahkan seorang anggota polis mati selepas ditembak.

Jumlah mangsa yang cedera setakat 2 petang ini ialah 61 orang, dan mereka menerima rawatan di tujuh hospital.

Satu lagi keganasan dilapor berlaku di depan Kementerian Buruh pada sebelah petang dan polis antirusuhan terpaksa menggunakan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain