Pembelian Dalam Talian Suku Ketiga China Melebihi 450 Bilion Yuan - Dunia | mStar

Pembelian Dalam Talian Suku Ketiga China Melebihi 450 Bilion Yuan

BEIJING: Dengan populasi terbesar dunia pembeli dalam talian pada 193 juta dan kejayaan memberangsangkan penjualan dalam talian 'Singles Day' pada 11 Nov, transaksi dalam talian China berjumlah 454.76 bilion yuan (US$74.62 bilion) pada suku ketiga (Q3) tahun ini.

Menurut Xinhua, angka itu meningkat 42.4 peratus berbanding tahun lepas, menurut laporan yang keluarkan oleh iResearch, syarikat penyelidikan industri utama China.

Laporan itu berkata trend yang meningkat ini adalah berikutan pengembangan perbelanjaan dalam talian pada bandar peringkat ketiga dan keempat dan pemasaran yang lebih baik oleh firma e-perniagaan.

Platform perniagaan kepada pelanggan (B2C) menguasai hampir 36.6 peratus volum transaksi pembelian dalam talian, naik 5.6 peratus tahun ke tahun.

Pada promosi Singles' Day baru-baru ini, pembeli dalam talian China berbelanja 35 bilion yuan (US$5.75 bilion) pada jualan dalam talian 24 jam pada platform e-dagang terbesar China -Tmall.com dan Taobao.

Lebih 170 juta urus niaga dilaksanakan pada bonanza jualan dengan jualan mengatasi 19.1 bilion yuan tahun lepas. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Taufan Helen Bergerak ke India

Artikel Berkaitan

Artikel Lain