KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter melanda Kepulauan Mariana pada 1 pagi Rabu. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berpusat di 1,956km tenggara Yokosuka di Jepun dan 3,257km timur laut Kinabatangan di Sabah. Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami. -BERNAMA