Mahkamah Tolak Petisyen PKR Di Parlimen Kota Marudu - Dunia | mStar

Mahkamah Tolak Petisyen PKR Di Parlimen Kota Marudu

KOTA KINABALU: Mahkamah Pilihan Raya di sini pada Khamis menolak dengan kos petisyen difailkan calon PKR untuk membatalkan keputusan pilihan raya umum ke-13 bagi kerusi Parlimen Kota Marudu yang dimenangi Barisan Nasional (BN).

Hakim Datuk Yew Jen Kee memutuskan petisyen yang difailkan Datuk Maijol Mahap daripada PKR gagal membuktikan Borang 14 yang merekodkan jumlah undi diperoleh setiap calon serta bilangan undi rosak, tidak diberi kepada ejen pilihan raya PKR, dan ia tidak menjejaskan keputusan pilihan raya mengikut Seksyen 32(b) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Yew berkata dakwaan pempetisyen bahawa ejennya tidak diberikan Borang 14, namun borang itu telah diserahkan untuk ditandatangani dan tiada bantahan dikemukakan kepada Ketua Tempat Mengundi (KTM).

Beliau berkata Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) Kota Marudu Luvita Koisun juga menerima semua Borang 14 yang telah disahkan dan dihantar KTM yang bertugas di pusat mengundi terbabit.

Sehubungan itu, Yew memerintahkan Maijol membayar kos masing-masing RM40,000 kepada responden kedua dan ketiga.

Mahap menamakan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili sebagai responden pertama, Luvita responden kedua dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) responden ketiga.

Pada 13 Ogos lepas, Yew memutuskan supaya dakwaan amalan rasuah terhadap Ongkili digugurkan daripada petisyen itu, tetapi Ongkili kekal sebagai responden kerana beliau merupakan pemenang kerusi berkenaan.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Ongkili berpuas hati dengan prosiding yang dijalankan dan ia mempamerkan suatu proses yang baik kepada kerajaan dan SPR.

Ongkili, yang mewakili BN, memenangi kerusi itu dengan majoriti 842 undi selepas memperoleh 15,168 undi dalam pertandingan empat penjuru manakala Mahap meraih 14,326 undi, calon Star Majamis Timbong (2,228 undi) dan Yuntau alias Kuntau Kolod (SAPP) mendapat 444 undi manakala 911 undi ditolak.

Ongkili diwakili peguam Chin Teck Ming, sementara Luvita dan SPR diwakili Peguam Kanan Persekutuan Mahiran Mohd Isa dan Zawawi Ghazali manakala Maijol diwakili peguam Fulton Mark Sitiwin. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain