suria

Kebocoran Gas Lombong Arang Batu: Enam Maut di Sepanyol

MADRID: Enam orang terbunuh akibat kebocoran gas di lombong arang batu di barat laut Sepanyol manakala lima lagi mengalami kecederaan, kata pegawai.

Seorang daripada pekerja lombong terbabit parah berikutan kejadian di lombong Santa Lucia berdekatan bandar Pola de Gordon.

Beliau dikejarkan ke hospital di Leon kira-kira 40 kilometer menggunakan helikopter perubatan.

Empat lagi yang turut mengalami kecederaan dibawa ke hospital menggunakan ambulans.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

10 Maut Ribut Landa Eropah

Artikel Lain