suria

Gempa Bumi Gegar Pantai Timur Jepun

TOKYO: Gempa bumi berukuran 5.5 magnitud menggegarkan pantai timur Jepun awal hari Isnin.

Tiada laporan amaran tsunami dikeluarkan, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 26 kilometer kira-kira pukul 3.13 pagi waktu tempatan iaitu kira-kira 324 kilometer timur bandar Namie.

Bagaimanapun, Pusat Amaran Tsunami Pasifik tidak mengeluarkan sebarang amaran.

Sebelum ini, gempa bumi berukuran 7.1 magnitud melanda pantai timur negara berkenaan dua hari lalu menyebabkan tsunami kecil termasuk pada ketinggian 55 sentimeter di salah satu tempat. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain