suria

Lelaki Bersenjata Tembak Wartawan Somalia

MOGADISHU: Seorang lelaki bersenjata menyebabkan seorang wartawan televisyen Somalia cedera parah di ibu negara Mogadishu, Selasa, menurut polis dalam perkembangan terbaharu rentetan konflik serangan ke atas wartawan di negara ini.

Mohamed Mohamud Timacad, wartawan Universal TV yang berpangkalan di London TV telah ditembak beberapa kali di leher dan bahu.

Penyerang bertindak menembak kereta wartawan tersebut.

"Wartawan telah ditembak dan dia cedera parah...dia telah dikejarkan ke hospital," kata Mohamed Ilkayare , seorang pegawai polis yang berada di tempat kejadian serangan itu.

Timacad telah dibawa ke hospital Madinah Mogadishu , yang mempunyai pakar dalam pembedahan trauma.

"Dia digegaskan ke bilik pembedahan dengan beberapa luka tembakan di dada dan leher," kata Ayan Mohamed , seorang pekerja perubatan di hospital berkenaan.

Seramai 18 media profesional terbunuh di Somalia pada tahun 2012. -AFP

Artikel Lain