suria

Pemeriksa Senjata Syria Berdepan Bahaya di Luar Jangka - Ki Moon

NEW YORK: Kira-kira 100 pakar antarabang akan menghabiskan masa hampir setahun di Syria bagi memusnahkan senjata kimia dalam misi berbahaya yang di luar jangkaan, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon.

Misi ini akan memohon kaedah operasi seperti yang dikehendaki yang lebih mudah dan belum pernah dilansakan sebelum ini," kata Ban dalam laporannya kepada Majlis Keselamatan PBB, pada Selasa.

Misi itu membabitkan kerjasama antara PBB dan Badan Larangan Senjata Kimia (OPCW) bagi memusnahkan senjata kimia rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad dan sejajar dengan Resolusi Majlis Keselamatan PBB yang diluluskan pada 27 September lalu.

Russia dan Amerika Syarikat bertindak agar senjata kimia di Syria dimusnahkan selepas serangan di Damsyik pada Ogos lalu yang mengorbankan ratusan nyawa.

Satu pasukan kecil OPCW kini sudah berada di Syria bagi memulakan misi memusnahkan senjata kimia membabitkan kemudahan pengeluarannya.

Ban mengesyorkan agar bilangan pakar pemusnah itu ditambah kepada 100 orang lahi dan akan berada di Syria sehingga setahun.

Misi itu akan mempunyai ibu pejabat di Damsyik dengan pangkalan sokongan di Cyprus.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain