suria

Penyokong Morsi Berarak Bantah Pembunuhan Hampir 600 Orang Di Kaherah

Dua lelaki meratapi pemergian ahli keluarga mereka yang maut dalam tragedi berdarah itu.
Dua lelaki meratapi pemergian ahli keluarga mereka yang maut dalam tragedi berdarah itu.
Dua lelaki meratapi pemergian ahli keluarga mereka yang maut dalam tragedi berdarah itu.

KAHERAH: Para penyokong Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi berarak di Kaherah selepas hampir 600 orang maut dalam keganasan yang dilakukan pasukan keselamatan Mesir untuk mengusir kumpulan tersebut di beberapa kem bantahan di sekitar bandar-bandar utama.

"Perhimpunan Anti Rampasan Kuasa...akan berarak dari semua masjid di Kaherah dan menuju ke Dataran Ramsis selepas solat Jumaat," kata jurucakap pergerakan Ikhwanul Muslimin, Gehad El-Haddad dalam Twitternya.

Perhimpunan itu diadakan sebagai membantah keganasan yang dilakukan pasukan keselamatan Mesir untuk membersihkan dua kem utama penunjuk perasaan pro-Morsi sehingga menyebabkan 578 orang terbunuh.

Ia menjadi antara tragedi berdarah terburuk di Mesir.

Sementara itu, kira-kira lapan askar dan seorang anggota polis maut di Sinai.

Seorang lagi pegawai polis dilaporkan terkorban di bandar Assiut.

Artikel Lain