suria

Kabinet Baharu Mesir Seru Demonstrasi Secara Aman

KAHERAH: Kabinet baharu Mesir mengadakan mesyuarat pertamanya pada Ahad dengan meminta semua pihak agar mengadakan demontrasi aman.

Kabinet turut menamakan ahli panel yang bertanggungjawab meminta perlembagaan Mesir dengan memberi jaminan semua pihak boleh turut serta.

Dalam keganasan terbaharu, kumpulan militan membunuh dua askar dan seorang anggota polis di Semenanjung Sinai.

Di Kaherah, ratusan wanita berarak ke Kementerian Pertahanan untuk memprotes pembunuh tiga wanita, Jumaat lalu dalam satu tunjuk perasaan di Mansura yang menyokong Presiden Mohamed Morsi.

Sementara itu, parti Ikhwan Muslimin mengariskan pelan untuk menamatkan krisis politik Mesir selepas hampir tiga minggu tunjuk perasaan dan keganasan berlaku. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain