suria

Gempa Bumi Sederhana Landa Taiwan

TAIPEI: Gempa kuat bermagnitud 5.9 melanda pesisir pantai timur Taiwan, pada Sabtu, demikian menurut laporan Jabatan Kajiselidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Gempa jam 12.38 tengah malam (waktu tempatan) itu dicatatkan pada pusat gempa 98 kilometer di timur bandar Hualian dengan kedalaman 38 kilometer.

USGS menjangkakan kemungkinan berlaku kerosakan harta benda susulan gegaran pada 63 kilometer barat daya bandar Yonakuni, berhampiran Kepulauan Yaeyama, Jepun.

Gempa kuat bermagnitud 6.3 magnitud yang melanda Taiwan Ahad lalu mengorbankan empat nyawa serta mengakibatkan kejadian tanah runtuh.

Pulau itu yang terletak berhampiran persimpangan plet tektonik kerap dilanda gempa bumi. - AFP

Artikel Lain