suria

Morsi Lantik Sembilan Menteri Baru

KAHERAH: Presiden Mesir, Mohamed Morsi akan melantik sembilan menteri baru dalam rombakan kabinet atas permintaan pembangkang pada Selasa.

Sekurang-kurangnya dua daripada menteri baru itu merupakan anggota gabungan pergerakan Ikhwan Muslimin yang diterajui Morsi.

Perdana Menteri Hisham Qandil bersama dengan beberapa menteri baru itu menuju ke kediaman Presiden untuk upacara angkat sumpah.

Qandil berkata pada Isnin, rombakan kabinet itu menyaksikan 11 menteri baru.

Bagaimanapun jurucakap Qandil berkata, beliau kemudiannya bersetuju untuk menghadkan kepada sembilan menteri sahaja.

Salah seorang menteri baru itu merupakan anggota kanan Parti Keadilan dan Kebebasan (FJP)sayap politik Ikhwan Muslimin, Amr Darrag yang akan memegang portfolio Kementerian Kerjasama Antarabangsa.

Seorang lagi anggota FJP, Yehya Hamed pula akan memegang jawatan sebagai Menteri Pelaburan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain