suria

Brazil Berunding Dengan Cuba Untuk Ambil 6,000 Doktor

BRASILIA: Kerajaan Brazil kini sedang berunding dengan Cuba untuk mengaji lebih kurang 6,000 orang doktor dari negara itu berkhidmat secara kontrak.

Menerusi Pertubuhan Kesihatan Seluruh Amerika Selatan, kerjasama seperti ini dapat dilakukan, kata Menteri Luar Brazil, Antonio Patriota selepas bertemu dengan rakan sejawatannya dari Cuba, Bruno Rodriguez.

Brazil, katanya memerlukan jumlah doktor yang ramai untuk berkhidmat di kawasan luar bandar.

Cuba merupakan satu-satunya negara di benua Amerika Selatan yang melahirkan begitu ramai graduan perubatan setiap tahun.

Negara itu memperolehi pendapatan sehingga AS$6 bilion setahun daripada tenaga profesional perubatan yang berkhidmat di luar negara khususnya di Venezuela.

Artikel Sebelum

Artikel Lain