suria

PM China Ikrar Kawal Perbelanjaan Kerajaan

BEIJING: Kerajaan China akan mengawal semua perbelanjaan satu persatu untuk mencapai tahap ketelusan, kata Perdana Menteri Li Keqiang.

Li berkata semua hasil dan perbelanjaan kerajaan akan diuruskan di bawah belanjawan yang lengkap, terbuka, telus dan standard serta akan diselia oleh rakyat secara terbuka.

"Semua fi kerajaan yang haram dan tidak sesuai akan dimansuhkan," lapor berita agensi Xinhua yang memetik Li sebagai berkata demikian.

Sistem belanjawan yang lebih ketat dan berkesan akan dilaksanakan untuk mengukuhkan pertahanan menangani rasuah, katanya.

Sejak mengambil alih jawatan daripada Wen Jiabao pada 17 Mac, Li berikrar untuk menangani birokrasi, lebihan perbelanjaan kerajaan dan rasuah.

Artikel Lain