Kumpulan Bersenjata Rampas Dua Pusat Mengundi di Kenya - Dunia | mStar

Kumpulan Bersenjata Rampas Dua Pusat Mengundi di Kenya

MOMBASA: Timbalan Speaker Kenya, Farah Maalim berkata kumpulan bersenjata melancarkan serangan dan mengambil alih dua pusat mengundi berdekatan sempadan Somalia.

Beliau berkata, serangan itu dilakukan pada malam hari dengan tembakan serta bahan letupan dilepaskan di Bandar Garissa.

Setakat ini masih belum jelas sama ada penyerang berjaya menawan orang awam sebagai tebusan.

Beberapa serangan berasingan di pantai Kenya mengorbankan 19 orang, awal pagi Selasa.

Kenya melaksanakan pilihan raya presiden pertamanya semalam sejak negara itu dilanda huru-hara sejak Disember 2007. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain