suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

11 Kanak-Kanak Maut Dalam Kemalangan Bas Sekolah

NEW DELHI: Sebuah bas sekolah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah trak muatan batu-bata di kawasan pendalaman di barat laut India pada pagi Isnin, mengorbankan sekurang-kurangnya 11 kanak-kanak, kata polis.

Seramai tujuh orang meninggal dunia di tempat kejadian di kampung Jaheer di negeri Punjab, dan empat lagi meninggal dunia di hospital, kata agensi berita Press Trust of India yang memetik pegawai tempatan.

Hampir 30 kanak-kanak berada di dalam bas itu, kata pegawai kanan polis tempatan, Rajinder Singh kepada agensi.

Kira-kira 110,000 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di India pada 2011, dengan lebih 300 kemalangan setiap hari, menurut Biro Rekod Jenayah Kebangsaan.

Keadaan jalan, memandu laju dan pemanduan cuai merupakan antara punca kemalangan. - AFP

Artikel Lain