suria

Assad Yakin Menang Perang Syria

DAMSYIK: Presiden Bashar al-Assad berkata beliau yakin pasukannya akan memenangi konflik di Syria, selepas Mahkamah Jenayah Antarabangsa membuka siasatan ke atasnya berhubung jenayah perang.

Komen Assad yang disiarkan dalam akhbar Lubnan, As-Safir, muncul selepas Kesatuan Eropah memperbaharui sekatan terhadap Syria. As-Safir berkata Assad bertemu dengan ahli politik Lubnan di Damsyik dan memberi jaminan kepada mereka bahawa masa depan Syria adalah milik pimpinan beliau.

"Kami yakin kami akan menang, kita lega dengan perkembangan politik dan ketenteraan," kata Assad.

"Kami yakin bahawa masa depan adalah milik kita... Syria mempunyai kuasa untuk mengalahkan konspirasi," katanya. - AFP

Artikel Lain