suria

Mayat Pramugara Virgin Australia Ditemui

MELBOURNE: Mayat pramugara Virgin Australia, Benjamin Roper, anak seorang wanita yang tinggal di Pulau Langkawi, ditemui polis di tingkat bawah tanah pangsapuri Randwick yang didiaminya di Sydney.

Mayat itu ditemui pada Khamis susulan apa yang diistilahkan polis sebagai 'pencarian menyeluruh', termasuk mengadakan tinjauan helikopter di kawasan sungai berhampiran.

Polis menyifatkan kematiannya sebagai tidak berunsur jenayah.

Kehilangan pemuda berusia 32 tahun itu mencetuskan pencarian besar-besaran dan kempen di media sosial selepas dia dilihat kali terakhir kira-kira 7 malam Sabtu.

Ibunya, Michele Pippen, seorang broker perahu layar di Langkawi, pulang ke Sydney pada Selasa untuk membantu mencari anak lelakinya.

Rakan dan keluarga sebelum itu membuat spekulasi kehilangannya yang mungkin mempunyai kaitan dengan mesej mel suara homofobia yang didakwa diterimanya daripada nombor yang disekat pada telefon bimbitnya.

Polis kini menyediakan laporan bagi koroner, menggariskan butiran penuh berhubung kematiannya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain