suria

Lance Armstrong Mohon Maaf, Akui Ambil Dadah Satu Kesilapan

Lance Armstrong dalam satu temuramah mengenai skandal dadahnya bersama Oprah Winfrey. Foto AP
Lance Armstrong dalam satu temuramah mengenai skandal dadahnya bersama Oprah Winfrey. Foto AP
Lance Armstrong dalam satu temuramah mengenai skandal dadahnya bersama Oprah Winfrey. Foto AP

LOS ANGELES: Bintang lumba basikal Amerika Syarikat (AS), Lance Armstrong berkata dalam satu temuramah yang disiarkan pada Khamis bahawa beliau memohon maaf kerana mengambil dadah sepanjang kerjayanya dan ia merupakan satu kesilapan.

“Saya telah membuat keputusan. Semuanya adalah kesilapan saya. Dan saya duduk di sini pada hari ini untuk memaklumkan mengenainya dan saya mahu memohon maaf kerana perkara itu,” kata juara Tour de France sebanyak tujuh kali dalam satutemu ramah dengan Oprah Winfrey.

“Budaya itu yang membuatkan ia berlaku.”

“Saya melihat situasi ini sebagai satu pembohongan besar yang saya ulangi banyak kali,” kata Armstrong, yang mengaku bahawa beliau merupakan “karakter yang cacat”.

“Semua kesilapan dan dipersalahkan ke atas saya,” katanya.

Armstrong, selepas beberapa tahun penafian, mendedahkannya dalam satu temu ramah yang dirakamkan pada Isnin yang beliau melakukan kesalahan itu untuk mempertingkatkan tenaganya semasa kerjayanya dan ia merupakan satu kesilapan.

Armstrong berkata, beliau mengambil transfusi (memasukkan) darah dan mengambil suntikan ‘erythropoletin’ (EPO), testosteron, kortison dan hormon pertumbuhan otot dalam kesemua tujuh kemenangan Tour de France. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain