suria

Penumpang Lahir Bayi Dalam Pesawat

YEREVAN: Seorang penumpang selamat melahirkan bayi dalam kapal terbang ketika perjalanan ke Armenia dan memberi nama anak perempuannya sempena nama krew penerbangan yang membantu melahirkan anaknya.

Bayi sihat itu dilahirkan awal pagi tadi, dua jam sebelum pesawat syarikat Armavia mendarat di Yerevan ibu negara Armenia selepas penerbangan jarak jauh dari Siberia.

Krew penerbangan, Asmik Gevondyan berkata, beliau menyedari bahawa penumpang bernama Armina Babayan, 31 seperti mahu melahirkan anak dan membuat persiapan menyambut kelahiran. - AP

Artikel Sebelum

Turki Desak Penjelasan Perancis

Artikel Berikut

Artikel Lain