suria

Ikan Tuna Gergasi Dilelong RM5.4 juta

TOKYO: Seekor ikan tuna gergasi sirip biru mencipta rekod baru pada Sabtu apabila dilelong dengan harga 155.4 juta yen (RM5.4 juta) pada lelongan pertama hidupan laut itu awal tahun ini.

Ia hampir tiga kali ganda daripada nilai lelongan yang dicatatkan tahun lalu.

Ikan tuna seberat 222 kilogram itu ditangkap di perairan utara bandar Oma dengan jumlah bidaan tersebut.

Bidaan itu mengatasi rekod lelong dengan harga 56.49 juta yen (RM1.95 juta) pada tahun lalu.

Pembida yang menang pada lelongan itu adalah Kiyoshi Kimura, presiden syarikat Sushi-Zanmai yang popular.

Beliau merupakan individu yang turut memenangi bidaan pada tahun lalu.

"Saya ingin memenuhi harapan pelanggan saya yang mahu menikmati sajian tuna terbaik semula tahun ini.

"Dengan tuna terbaik ini, saya harap dapat mengembirakan rakyat Jepun," kata Kimura.

Artikel Sebelum

Artikel Lain