suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Boeing Terima 1,203 Tempahan Pesawat Komersil Pada 2012

KUALA LUMPUR: Boeing menerima 1,203 tempahan bersih pesawat komersil pada 2012, jumlah kedua terbesar dalam sejarah syarikat itu.

Syarikat itu juga menyerahkan 601 pesawat, angka paling tinggi sejak 1999.

Jumlah tempahan pesawat komersil yang tidak dipenuhi Boeing sehingga akhir tahun itu sebanyak 4,373, juga angka tertinggi dalam sejarah syarikat berkenaan.

"Pekerja kami melaksanakan sepenuhnya peningkatan kadar pengeluaran pada 2012 yang merupakan prestasi yang mengagumkan," kata Ray Conner, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Boeing Commercial Airplanes.

"Dengan meninkatkan penyerahan sebanyak 26 peratus, membolehkan kami membina lebih banyak pesawat pelanggan dan meluaskan asas pelanggan dengan menawarkan produk dan perkhidmatan yang lebih baik," katanya dalam satu kenyataan dari Seattle.

Program 737 memecah rekod tempahan bagi model Boeing dalam setahun, membabitkan sebanyak 1,124 tempahan bersih.

Beliau berkata 737 MAX, varian enjin baharu jualan terlaris 737, menerima 914 tempahan, menjadikan jumlah tempahan setakat ini sebanyak 1,064.

Selain 737 Generasi Akan Datang, mencatat rekod tunggal terbaik menerusi kejayaan menyerahkan 415 tempahan kepada pelanggan di seluruh dunia.

Program 737 juga meraikan tempahan ke-10,000 tahun lepas.

"Dalam melangkah ke tahun 2013, kami memberi tumpuan dalam memenuhi komitmen kepada pelanggan dengan meningkatkan kadar pengeluaran dan penyerahan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi dan boleh dipercayai," kata Conner. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain