Presiden Iraq Diserang Strok - Dunia | mStar

Presiden Iraq Diserang Strok

BAGHDAD: Presiden Iraq, Jalal Talabani, di masukkan ke sebuah hospital di sini pada Rabu selepas diserang strok.

Menurut kenyataan daripada pejabat Presiden, pemimpin itu kini dalam keadaan stabil.

Kesihatan Talabani merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan pernah menjalani pembedahan jantung di Amerika Syarikat (AS) pada 2008.

Sebelum itu, pemimpin tersebut pernah menerima rawatan di Jordan kerana kekurangan air dan mengalami kepenatan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Rakyat Korea Selatan Mula Buang Undi

Artikel Berkaitan

Artikel Lain