suria

Kanak-kanak Mangsa Pembunuhan di AS Mula Dikebumikan

NEWTOWN (Connecticut): Suasana menyayat hati menyelubungi upacara pengebumian pertama dua kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang ditembak mati beramai-ramai di sekolah rendah di Newtown, pada Selasa.

Upacara pengebumian pertama itu dilakukan ketika cuaca sejuk dengan salji yang turun membabitkan dua daripada 20 kanak-kanak yang menjadi mangsa pembunuhan di sekolah rendah Sandy Hook.

Lewat hari ini juga seorang kanak-kanak perempuan juga berusia enam tahun turut dikebumikan.

Kejadian pada Jumaat lalu meragut 20 kanak-kanak berusia antara enam dan tujuh tahun serta enam dewasa yang bekerja di sekolah berkenaan.

Remaja yang melakukan tembakan itu turut dilaporkan membunuh diri selepas itu namun mangsa pertama yang ditembaknya adalah ibunya sendiri.

Keluarga salah seorang kanak-kanak lelaki berkenaan, Jack Pinto, berkumpul di rumah pengebumian di bandar Connecticut dengan lebih 20 kanak-kanak yang sebaya dengan mangsa turut menghadiri upacara itu.

Jack Wellman, seorang pelajar tahun lapan yang membantu jurulatih gusti di sekolah berkenaan berkata, semua rakannya menghadiahkan pingat yang dimenangi mereka kepada Jack, seorang yang berbakat dalam sukan gusti.

“Dia seorang kanak-kanak yang hebat," kata Wellman.

Seorang tetamu selepas itu keluar dengan menangis, "Saya tidak mampu meneruskannya, ia amat menyedihkan.

Semua sekolah di bandar itu ditutup sehingga esok dengan sekolah tempat pembunuhan mangsa masih lagi ada kesan darah apabila polis masih meneruskan siasatan mereka. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain