suria

Ekonomi Singapura Dijangka Berkembang 2-2.3 Peratus Tahun Ini, 3.9 Peratus Pada 2013 - MIDF

SINGAPURA: MIDF Research mengunjurkan ekonomi Singapura pada tahun ini kekal antara 2.0 peratus hingga 2.3 peratus tahun ke tahun dan dijangka berkembang 3.9 peratus pada 2013.

"Unjuran pertumbuhan bagi eksport bukan minyak pada 2012 ialah 2.7 peratus. Kami menjangka eksport bukan minyak berkembang sederhana pada 2013 berikutan peningkatan eksport elektronik yang dijangka dimanfaatkan dari asas yang lebih rendah," katanya dalam satu nota penyelidikan.

"Unjuran eksport kami bagi 2013 ialah 3.8 peratus tahun ke tahun, Unjuran pertumbuhan kami bagi 2012 kekal antara 2.0 peratus hingga 2.3 peratus tahun ke tahun dan 3.9 peratus tahun ke tahun bagi 2013," katanya.

MIDF berkata kerajaan menurunkan kedua-dua unjuran pertumbuhan eksport dan ekonomi bagi 2012 di mana ia mengunjurkan eksport domestik bukan minyak berkembang 2.0 peratus kepada 4.0 peratus pada 2013, selepas menurunkan tinjauan pertumbuhan 2012 kepada 2.0 peratus kepada 3.0 peratus berbanding 4.0 peratus hingga 5.0 peratus sebelum ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain