suria

Pemberontak Syria Tembak Jatuh Pesawat MiG

BEIRUT: Pemberontak Syria dilaporkan berjaya menembak jatuh sebuah pesawat MiG buatan Russia dipercayai milik tentera kerajaan di wilayah Damsyik yang menjadi kubu kuat pemberontak.

Butiran mengenai kejadian itu bagaimanapun tidak dapat dipastikan dan setakat ini, tiada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa kerajaan.

"Tentera Pembebasan Syria menambak jatuh pesawat penggempur antara kawasan Dumeir dan Rahiybeh, iaitu dua bandar yang menjadi sasaran pengeboman di timur Ghuta," kata jurucakap Jawatankuasa Koordinasi Tempatan.

Aktivis Syria, Omar Shakir mengesahkan mengenai kejadian itu.

"Pemberontak menembak jatuh sebuah pesawat MiG berdekatan Dumeir dan kini mereka sedang mencari juruterbangnya," katanya. - AFP

Artikel Lain