Iran Kecam AS Gugur Kumpulan Militan Daripada Senarai Pengganas - Dunia | mStar

Iran Kecam AS Gugur Kumpulan Militan Daripada Senarai Pengganas

PARIS: Iran mengutuk keras pentadbiran Amerika Syarikat (AS), Barrack Obama kerana menggugurkan kumpulan militan Iran yang pernah bekerjasama dengan Saddam Hussein daripada senarai pengganas.

Kerajaan Iran menyifatkan tindakan terbaru AS itu sebagai pilih kasih kerana banyak bukti menunjukkan Kumpulan Mujahedeen-e-Khalq (MEK) terbabit dalam kegiatan pengganas.

MEK bermula dengan perjuangan gerila menentang Shah Mohammed Reza Pahlavi, membantu menjatuhkan pentadbiran monarki pada 1979 sebelum bertindak menyebelahi kepimpinanan utama Republik Islam, Ayatollah Ruhollah Khomeini.

Mereka kemudian bersama berjuang dengan tentera rejim Saddam pada 1980-an selama lapan tahun dalam Perang Iran-Iraq tetapi meletakkan senjata ketika penaklukan AS di Iraq pada 2003.

Jabatan Negara AS pada Jumaat lalu mengeluarkan MEK daripada senarai rangkaian pengganas dan ini bermakna semua aset MEK di AS kini tidak lagi disekat.

Ini bermakna rakyat Amerika juga boleh mengadakan hubungan perniagaan dengan organisasi berkenaan.

Semalam, anggota MEK yang beribu pejabat di Paris meraikan pembebasan badan itu daripada senarai pengganas, termasuk mempamerkan anggota mereka yang terbunuh sejak 15 tahun lalu.

Kementerian Luar Iran dalam satu kenyataan berkata, penarikan balik MEK daripada senarai pengganas adalah satu bentuk penyalahgunaan perundangan dan tanggungjawab Amerika untuk membanteras kegiatan pengganas yang diperakukan mereka kepada dunia.

Stesen televisyen Iran mengkritik keputusan itu dan berkata, AS kini memperakaui 'pengganas yang baik'.

Mereka mendakwa keputusan itu menunjukkan Washington ingin mempergunakan kumpulan berkenaan untuk kempen menentang Tehran. AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Tahap Kesihatan Fidel Castro Makin Baik

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain