suria

Tanah Runtuh: 26 Maut Dalam Banjir Di India

NEW DELHI: Banjir kilat dan tanah runtuh akibat perubahan monsun di timur laut India mengorbankan sekurang-kurangnya 26 orang manakala lapan lagi dilaporkan masih hilang.

Tentera udara India melancarkan operasi menyelamat di kawasan yang teruk dilanda bancana di negeri Sikkim, Assam dan Arunachal Pradesh sejak beberapa hari lalu, lapor Press Trust of India.

Di kawasan pedalaman di utara Sikkim, sekurang-kurangnya 21 mayat dijumpai termasuk anggota polis sempadan Indo-Tibet, manakala lapan lagi hilang.

Di Assam, lima dilaporkan maut selepas banjir melanda di beberapa kawasan termasuk di taman perlindungan hidupan liar.

Hujan lebat menyebabkan Sungai Brahmaputra melimpah sehingga menjejaskan ribuan penduduk. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain