suria

Lima Mati Dalam Letupan Bom Kereta Di Thailand

SAI BURI (Thailand): Lima orang telah dilaporkan terbunuh manakala 40 lagi cedera selepas sebuah kereta meletup berhampiran kawasan pasar yang padat dekat sini pada Jumaat.

Menurut laporan agensi berita AFP, salah seorang yang disahkan meninggal ialah anggota ranjer paramilitari manakala empat lagi adalah orang awam.

Menurut seorang kakitangan Hospital Sai Buri, 14 lagi mangsa berada dalam keadaan kritikal.

Menurut jurucakap tentera Kolonel Pramote Prom-in, sebelum bom itu meletup, terdapat beberapa tembakan dilepaskan - satu berhampiran sebuah kedai emas manakala satu lagi berhampiran kedai membaiki motosikal.

Tujuannya adalah untuk menarik perhatian pihak berkuasa agar datang lebih dekat dengan tempat tembakan itu dilepaskan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

5 Terkorban Ribut di Amerika Selatan

Artikel Lain