suria

Malaysia, China Tandatangani Protokol Bagi Sarang Burung

NANNING: Malaysia dan China menandatangani Protokol Keperluan Pemeriksaan, Kuarantin dan Hygien Bagi Pengeksportan Produk Sarang Burung dari Malaysia Ke China.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar menandatangani protokol itu bagi pihak Malaysia manakala Menteri Pentadbiran Penyeliaan Kualiti, Pemeriksaaan dan Kuarantin TYT Zhi Shuping mewakili China.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Hashim Abdullah dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin serta 45 persatuan pengusaha dan penternak sarang burung walit, yang melibatkan 63 orang.

Sebelum ini, China mewajibkan pengeksport sarang burung walit ke China memenuhi tiga syarat kualiti, termasuk sijil penanda kesihatan veterinar, perakuan Sistem Pengenalan Gelombang Radio (RFID) daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta sijil daripada Kementerian Kesihatan sebelum produk mereka dibenarkan masuk ke negara itu.

Bagaimanapun, penggunaan RFID dibantah beberapa persatuan yang mendakwa ia tidak praktikal dan bakal menjejas dagangan sarang burung walit di negara ini.

Pada 14 September lepas, China bersetuju untuk membenarkan pengusaha Malaysia menggunakan teknologi selain RFID untuk mengeksport sarang burung walit ke negara itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

132 Banduan Lari dari Penjara Mexico

Artikel Lain