suria

Bom Gegar Baghdad Sambut Hukuman Mati Tareq al- Hashemi

BAGHDAD: Satu letupan bom mengegarkan daerah Syiah Baghdad pada Ahad selepas buruan Iraq, Naib Presiden Tareq al- Hashemi dijatuhi hukuman mati yang merupakan penamat kepada hari berdarah dengan lebih 100 orang terbunuh di negara tersebut tahun ini.

Keganasan dan hukuman bagi Hashemi, seorang ahli politik Sunni yang mengancam untuk melakukan ketegangan sektarian di Iraq di mana sebuah kerajaan Syiah yang dipimpinnya bertarung dengan ketidakstabilan politik dan pemberontakan Islamis Sunni sembilan bulan selepas ditinggalkan tentera Amerika Syarikat.

Hasemi yang merupakan pengkritik sengit Perdana Menteri Syiah, Nuri al-Maliki telah melarikan diri dari Iraq selepas pihak berkuasa mengeluarkan waran tangkap kepadanya Disember lalu.

Selepas keputusan mahkamah pada Ahad, beberapa letupan bom mengegarkan enam daerah di sekitar Baghdad termasuk sebuah restoran dan kafe.

Manakala satu letupan di kawasan pusat bandar mengakibatkan 50 orang terbunuh.

"Saya mendengar wanita menjerit dan melihat orang berjalan di semua arah, kerusi bertaburan di jalan. Ibu saya dan dua kanak-kanak cedera," kata Alla Majid, salah seorang penduduk di Bandar Baghdad Sadr.

Hashemi, yang tidak mungkin kembali ke Iraq menuduh kerajaan Maliki mengawal badan kehakiman dan tindakan keras ke atas lawan Sunni.

Dia menolak untuk hadir di mahkamah dan menganggap hukuman tersebut sebagai berat sebelah.

Hashemi dan menantunya didapati bersalah atas pembunuhan seorang peguam wanita dan pegawai keselamatan, Abdul Sattar al-Birqdar, kata jurucakap badan kehakiman. REUTERS

Artikel Sebelum

Artikel Lain