suria

Lebih 200 Orang Digigit Anjing Setiap Hari Di Mumbai

MUMBAI: Lebih 200 orang digigit anjing setiap hari pada tahun lepas di bandar komersial India, Mumbai, meningkat 50 peratus dalam tempoh empat tahun ekoran peningkatan populasi haiwan itu yang terbiar, kata satu laporan pada Isnin.

Menurut Majlis Perbandaran Brihanmumbai (BMC) dalam laporan yang disiarkan dalam Mumbai Mirror, bilangan mereka yang digigit anjing itu direkodkan sejak tahun 2001 iaitu 650,000 dan tahun lepas secara purata mencatatkan 221 orang sehari, menunjukkan peningkatan 50 peratus daripada 2007.

Akhbar itu berkata, bilangan anjing yang terbiar meningkat menimbulkan masalah kepada bandar itu apabila ia berganda kepada 150,000 ekor sejak 2007.

Bagaimanapun, hanya sejumlah kecil kematian dilaporkan mempunyai kaitan dengan kes digigit anjing, kemungkinan berpunca akibat pensterilan dan vaksi yang telah ditambah baik.

Ketua Eksekutif Amanah Kebajikan Anjing-anjing terbiar, Abodh Aras berkata, beliau tidak pasti bagaimana BMC mendapatkan perangkaan tersebut tetapi peningkatan dalam insiden digigit anjing yang direkodkan tidak semestinya bermaksud lebih banyak anjing mulai menggigit.

“Ia adalah jelas bahawa kesedaran telah meningkat,” katanya kepada AFP, sambil mengatakan bahawa orang ramai akan mendapatkan ubat mencegah penyakit berjangkat dan memastikan kes digigit anjing itu direkodkan. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain