suria

Gempa Bumi 7.4 Magnitud Gegar Pinggir Laut El Salvador

WASHINGTON: Gempa bumi berukuran 7.4 magnitud menggegarkan kawasan di Lautan Pasifik berdekatan pinggir laut El Salvador awal pagi Isnin, kata Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Pusat gempa bumi itu terletak 111 kilometer selatan bandar Puerto El Triunfo di El Salvador.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, kejadian itu berlaku pada kedalaman 54 kilometer dan mengeluarkan amaran tsunami bagi semua negara di Amerika Tengah dan Mexico walaupun tidak dapat dipastikan jika tsunami sudah dihasilkan.

Tiada laporan kematian atau kerosakan harta benda diperolehi.

Artikel Sebelum

Artikel Lain