suria

Terima Ancaman Bom, Jet Aeroflot Lakukan Pendaratan Kecemasan

MOSCOW: Sebuah jet penumpang, Aeroflot yang dalam perjalanan dari New York ke Moscow melakukan pendaratan kecemasan di Iceland pada Khamis selepas menerima amaran ancaman bom.

Jurucakap trafik kawalan udara berkata, badan penguatkuasaan undang-undang diberitahu lima beg berisi bom berada di dalam jet terbabit dan dijangka meletup sebaik mendarat di Moscow.

"Seseorang yang tidak dikenali memberitahu lima beg berisi bom berada di dalam jet tersebut dan akan meletup sebaik mendarat di Moscow.

"Jadi jet tersebut dipaksa melakukan pendaratan kecemasan untuk mengelakkan perkara tidak diingini daripada berlaku," kata jurucakap Aeroflot, Irina Dannenberg.

Jet tersebut membawa kira-kira 256 penumpang.

Artikel Sebelum

Artikel Lain