suria

Dua Sami Buddha Didenda Kerana Berjudi

SEOUL: Sebuah mahkamah di Korea Selatan pada Jumaat mendenda dua sami Buddha kerana didakwa berjudi secara haram selepas kegiatan mereka didedahkan dalam satu video.

Kedua-dua sami itu didenda dua juta won ($1,775) setiap seorang.

"Mahkamah hanya mengenakan denda kerana mereka menyatakan rasa kesal terhadap apa yang berlaku," kata jurucakap mahkamah.

Seorang lagi sami yang merakamkan kegiatan judi itu dan seorang jurutera yang memasang kamera turut dikenakan hukuman penjara kerana menceroboh masuk ke dalam bilik hotel tersebut.

Pendakwa raya melakukan siasatan selepas rakaman video yang menunjukkan lapan orang sami berjudi di sebuah hotel di selatan Jangseong pada April lalu terbongkar.

Perjudian adalah diharamkan di Korea Selatan kecuali beberapa tempat terhad.

Ia juga melanggar kod perintah disiplin Buddha.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain