suria

Populasi Unta Feral Australia Menjejaskan Hidupan Liar Yang Lain

SYDNEY: Populasi unta feral Australia yang hidup liar telah menurun sehingga kepada 250,000 ekor sejak beberapa tahun kebelakangan ini tetapi tetap kekal sebagai kumpulan haiwan liar paling besar di negara tersebut.

Menurut Projek Pengurusan Unta Feral Australia, walaupun jumlah unta itu telah menurun tetapi mereka menganggarkan masih terdapat 750,000 ekor yang hidup secara liar di kawasan gurun.

"Antara 2001 hingga 2008, kami menganggarkan jumlah unta feral Australia adalah sekitar sejuta ekor," kata Pengarah Urusan Ninti One, Jan Ferguson, iaitu salah satu unit projek pengurusan unta berkenaan.

Bagaimanapun sejak itu, katanya, jumlah unta berkenaan telah menurun dengan jumlah yang agak besar dalam usaha untuk mengawal populasinya yang pantas.

Unta, pertama kali diperkenalkan di Australia pada awal abad ke-19 dan sejak itu ia hidup secara liar dan bebas di Australia Barat, Australia Selatan dan Negeri Queensland serta Wilayah Utara Australia.

Bagaimanapun sejumlah 85,000 ekor telah ditakai (dikurangkan) di bawah rancangan untuk mengawal populasi hidupan liar ini tetapi jumlahnya di beberapa wilayah tetap meningkat dengan pantas.

Saintis hidupan liar, Glenn Edwards berkata, hasil pemerhatian terkini ke atas 50 ekor unta feral yang diikat dengan kolar pengesan satelit mendapati unta ini jika tidak dikawal akan menjejaskan hidupan liar yang lain serta fauna.

"Unta Feral boleh bergerak sejauh 70 kilometer (43 batu) sehari atau beratus kilometer dalam seminggu dalam situasi gurun atau muka bumi yang sukar.

"Masalahnya jika mereka bergerak dalam satu kawanan yang besar mereka boleh menguasai kawasan takungan air yang sebelum ini digunakan oleh hidupan liar yang lain dan mampu mengeringkannya dalam tempoh beberapa hari sahaja.

"Inilah yang membimbangkan kita kerana kesan sampingan yang ditinggalkan oleh unta ini ke atas flora dan fauna tempatan dan ia adalah sebab mengapa populari unta ini perlu dikawal," kata Edwards.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain