suria

Peluncur Afrika Selatan Terselamat Serangan Jerung

JOHANNESBURG: Peluncur air Afrika Selatan terselamat daripada serangan ikan jerung berukuran sehingga 15 kaki di pantai popular di selatan negara ini pada hari Jumaat, kata penyelamat.

Jacque Mostert, 29, telah diserang dan cedera ketika dia sedang meluncur dalam percutian di Stilbaai, wilayah Barat Cape, Menezies Rico dari Institut Penyelamat Laut Negara berkata dalam satu kenyataan.

"Dia sedang meluncur dengan rakan-rakan dan rakan peluncur lain yang menyaksikan kejadian itu memindahkannya dari air," kata Menezies.

Beliau berkata jerung spesies yang tidak dikenali berukuran antara empat hingga 4.5 meter (sehingga 15 kaki) menggigit bahagian kakinya dan telah dibawa ke hospital kerana mengalami luka serius dan kehilangan darah.

Keadaannya telah digambarkan sebagai "serius tetapi stabil".

Artikel Lain