suria

Dua Sukarelawan Mati Ditembak Di Patani

BANGKOK: Dua anggota sukarelawan mati ditembak dalam satu serang hendap di Saiburi, Pattani pada Jumaat.

Ketua polis Saiburi Kol Aziz Umayee berkata mangsa yang dalam perjalanan dengan sebuah kereta, diserang lima lelaki menaiki sebuah kenderaan pikap bersenjata M16, Ak-47 dan pistol .9mm pada pukul 10 pagi.

"Berlaku tembak-menembak dan mangsa terkena tembakan di kepala serta dada. Mereka meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata, penyerang juga melarikan dua pucuk pistol kepunyaan mangsa.

Katanya, serangan tersebut dipercayai dilakukan kumpulan pemberontak yang membunuh tiga pekerja di Kapor, Pattani pada Selasa lalu.

Artikel Berikut

Artikel Lain