Tidak Perlu Perbesarkan Isu Rendang - Pakar Kulinari Indonesia - Dunia | mStar

Tidak Perlu Perbesarkan Isu Rendang - Pakar Kulinari Indonesia

JAKARTA: Seorang pakar kulinari terkemuka Indonesia berkata tidak perlu memperbesar-besarkan isu masakan rendang.

William Wongso berkata oleh yang demikian tidak perlu untuk mendaftarkan rendang untuk dipatenkan walaupun masakan itu berasal dari Sumatera Barat.

Beliau berkata rakyat Indonesia tidak sepatutnya bimbang yang hak milik warisan makanan itu akan dituntut oleh negara-negara lain, terutamanya Malaysia.

"Makanan itu tidak perlu dipatenkan. Biar mereka tuntutnya kerana yang jelas penduduk daripada kumpulan etnik Minangkabau dari Sumatera Barat juga telah berhijrah dan menetap di sana," kata Wongso seperti dipetik oleh akhbar berbahasa Inggeris, Jakarta Post, Khamis.

Wongso berkata demikian ketika ditemui di Padang, Sumatera Barat, di mana beliau menjadi hakim pada Festival Memasak Rendang Sumatera Barat selama dua hari yang berakhir, Khamis.

Pakar kulinari itu memberikan contoh makanan Jepun 'sushi' dan 'sashimi', dan makanan Korea 'galbi', yang tidak pernah dipatenkan.

"Jepun dan Korea tidak pernah mendaftarkan makanan itu untuk dipatenkan. Mereka sebaliknya berasa gembira jika makanan mereka dinikmati di semua tempat," katanya.

"Perkara yang paling penting ialah menyebarkan cara yang betul menyediakan rendang di luar Sumatera Barat kerana rasa rendang yang dihidangkan di banyak restoran di luar Indonesia kurang enak, dengan ada yang rasanya berlainan," katanya.

Beliau memberikan contoh rendang di Belanda yang rasanya sekan-akan 'semur' (makanan Jawa), yang agak manis.

Katanya, rendang di Malaysia juga berbeza dengan di Sumatera Barat kerana ia dipengaruhi oleh makanan India yang banyak menggunakan rempah-ratus India, menggunakan bukan sahaja daging lembu atau kerbau tetapi juga ayam. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain