suria

Penyokong Baju Merah Buat Protes

BANGKOK: Berpuluh-puluh ribu penyokong Baju Merah mengadakan bantahan besar-besaran di Monumen Demokrasi di sini, semalam, sekali gus menjerumus Thailand ke kancah terbaru ketegangan politik.

Kumpulan itu yang merupakan penyokong setia bekas Perdana Menteri, Thaksin Sinawatra, mengadakan bantahan tersebut terhadap badan kehakiman supaya tidak campur tangan dalam urusan politik.

Ketua penyokong Baju Merah, Kokaew Pikulthong berkata, bantahan tersebut juga diadakan untuk menyambut ulang tahun ke-80 rampasan kuasa yang mengakhiri pemerintahan mutlak monarki di negara tersebut.

"Thailand telah mengalami kira-kira 20 rampasan kuasa, sama ada gagal atau berjaya, sejak 1932.

"Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, rampasan kuasa beralih daripada dilakukan oleh pemerintahan tentera dan kini oleh badan kehakiman," katanya. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain