Maut Ketika Menonton Euro 2012 - Dunia | mStar

Maut Ketika Menonton Euro 2012

MOMBASA: Sekurang-kurangnya seorang maut manakala beberapa lagi cedera selepas bom tangan meletup di sebuah bar di kawasan tumpuan pelancong di Mombasa ketika pengunjung sedang menonton bola sepak Euro 2012, awal pagi Isnin.

Tiga yang cedera dalam serangan bom itu dilaporkan dalam keadaan kritital, kata Ketua Polis Wilayah, Aggrey Adoli.

Ketika serangan berlaku di Jericho Bar di kawasan padat penduduk itu, pengunjung dan peminat bola sepak sedang menonton perlawanan suku akhir antara England dan Itali.

"Serangan berlaku jam 10 malam waktu tempatan. Seorang terbunuh dan beberapa lagi cedera," kata polis.

Seorang saksi, George Lado, memberitahu AFP: "Ramai yang cedera. Saya lihat satu kawasan di dalam bar yang tiba-tiba meletup dan saya terus keluar menyelamatkan diri."

Serangan itu berlaku selepas sehari Kedutaan Amerika Syarikat di Kenya mengeluarkan amaran kemungkinan wujud serangan pengganas apabila polis tempatan menahan dua suspek pengganas warga Iran. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Obama Ucap Tahniah Kemenangan Morsi

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain