suria

Pesawat Fokker F-27 Tentera Indonesia Terhempas

Anggota penyelamat sedang mengesan mangsa pesawat tentera Indonesia Fokker 27 yang terhempas di kawasan kejiranan berhamporan lapangan terbang Halim Perdana Kusuma di Jakarta pada Khamis. Foto EPA

JAKARTA: Sebuah pesawat Fokker F-27 Skuadron Udara 2 Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNI-AU) terhempas di atas kawasan perumahan Rajawali, dekat Pangkalan Udara Halim Perdanakusuma, di sini Khamis.

Agensi berita Antara memetik seorang pegawai kanan tentera udara Indonesia sebagai berkata bahawa kejadian itu berlaku pada pukul 2.45 petang.

Pesawat buatan Belanda itu sedang bersiap sedia untuk mendarat di landasan utama Halim Perdanakusuma ketika kejadian itu berlaku, kata laporan itu.

Belum ada kenyataan rasmi mengenai jumlah kemalangan jiwa dan jumlah rumah yang rosak dalam nahas itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain