suria

Kadar Pengangguran Singapura Naik Sedikit, Kekosongan Pekerjaan Turun Pada Suku Pertama 2012

SINGAPURA: Kadar pengangguran Singapura naik sedikit dan penawaran pekerjaan menurun pada suku pertama 2012.

Kekosongan pekerjaan juga merosot, membayangkan kekurangan tenaga kerja telah berkurangan.

Penemuan utama daripada laporan "Labour Market, First Quarter 2012" itu dikeluarkan hari ini oleh Kementerian Penyelidikan Tenaga Kerja dan Jabatan Perangkaan.

Jumlah pekerjaan meningkat sebanyak 27,200 pada suku pertama 2012. Ini lebih rendah berbanding peningkatan tinggi bermusim 37,600 dalam suku keempat dan 28,300 dalam suku pertama 2011.

Sebahagian besar peningkatan pekerjaan terus datang daripada perkhidmatan (15,800), terutamanya perkhidmatan komuniti, sosial dan peribadi (8,800) dan perkhidmatan pentadbiran dan sokongan (3,400).

Pembinaan terus mencatatkan peningkatan kukuh 8,700, manakala pekerjaan pembuatan naik 2,000.

Kadar pengangguran meningkat sedikit dalam suku tersebut. Keseluruhan kadar pengangguran diselaras bermusim naik daripada dua peratus pada Disember 2011 kepada 2.1 peratus pada Mac 2012.

Begitu juga, kadar pengangguran meningkat dalam tempoh yang sama bagi pemastautin daripada 2.9 peratus kepada tiga peratus dan warganegara daripada tiga peratus kepada 3.2 peratus.

Kadar pemberhentian kerja jatuh selepas meningkat pada suku sebelumnya. - BERNAMA

Artikel Lain