suria

Firma China 'Panggil Semula' Produk Formula Bayi Dicemari Merkuri

BEIJING: Firma pembuat tenusu di China, Yili, mula menarik balik makanan formula bayi selepas pihak berkuasa mendapati ia mengandungi tahap merkuri yang tinggi.

Syarikat itu mula menarik balik produknya pada Rabu selepas sistem pemantauan keselamatan makanan negara mengesan tahap "tidak normal" merkuri dalam produk, menurut syarikat tempatan Inner Mongolia Yili Industrial Group dalam satu kenyataan.

Pemanggilan semula ini meliputi produk formula bayi yang dihasilkan dari November 2011 hingga Mei 2012, menurut kenyataan yang disiarkan Khamis.

Firma itu tidak menyatakan jumlah formula bayi yang terjejas atau bagaimana merkuri dengan kandungan toksik dan boleh merosakkan otak, jantung, buah pinggang, paru-paru, dan sistem imunisasi dalam kadar pendedahan tinggi.

Pemantau kualiti China, pada Khamis berkata pihaknya melaksanakan "pemantauan segera" terhadap 715 sampel formula bayi oleh pelbagai pengeluar berikutan kes Yili, tetapi setakat ini tiada produk lain didapati tidak selamat.

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa tidak dapat mengambil sampel daripada 20 firma kerana mereka telah menggantung pengeluaran formula bayi, kata Pentadbiran Am Penyeliaan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin (AQSIQ).

Adalah tidak jelas bila mereka menghentikan pengeluaran dan mempunyai kaitan dengan merkuri.

Pada masa ini, 119 syarikat di China terlibat dalam pembuatan formula bayi.

Artikel Lain