suria

Syria Di Ambang Perang Saudara

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB): Ketua Keamanan PBB, Herve Ladsous berkata, dia percaya Syria kini di ambang perang saudara apabila angkatan tentera Presiden Bashar al-Assad tidak berupaya mengawal wilayah di seluruh negara itu.

"Ya, saya fikir kita boleh katakan begitu."

"Apa yang jelas berlaku, kerajaan Syira kini hilang kawalan terhadap sebahagian besar wilayah, beberapa bandar kepada pembangkang dan mahu merampas kembali kuasa," katanya.

Menurut beliau, keganasan meningkat secara mendadak sehingga memberi gambaran akan berlaku beberapa perubahan dalam konflik itu.

"Kini, kita mengesahkan laporan bahawa bukan saja kereta kebal dan meriam digunakan malah serangan helikopter turut berlaku," kata Ladsous.

Artikel Lain